Jom Sertai Kempen Wakaf Untuk Mak Ayah

Sumbangan (Infaq & Hibah)

Yayasan Azdan adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan dengan iltizam  memperluaskan syiar Al-Quran melalui pendidikan, percetakan, dan penyebarannya kepada masyarakat Malaysia.

Di samping itu, kami turut komited dalam membantu golongan miskin dan asnaf melalui pelbagai bentuk projek kebajikan, pendidikan dan bantuan kemanusiaan demi membantu golongan yang kurang bernasib baik — tanpa mengira latar belakang. Kami percaya bahawa membina masyarakat bermula dengan membina hubungan hati dengan Kalamullah.

Infaq Wakaf Al-Quran

Satu Naskhah, Sejuta Kebaikan.

Setiap Al-Quran yang diwakafkan akan menjadi sumber ilmu, hidayah, dan cahaya kepada insan yang membacanya.
Sumbangan anda akan digunakan untuk membiayai percetakan dan pengedaran naskhah Al-Quran ke masjid

“ Satu Mushaf,sejuta Nur”

Infaq Pengajian Al-Quran

Dana infaq ini akan membiayai kelas-kelas pengajian Al-Quran anjuran Yayasan Azdan, terutamanya untuk golongan dewasa, warga emas, dan pesara.
Ia termasuk kos guru, bahan pengajian, dan program tahsin (memperbetulkan bacaan Al-Quran).

Setiap ilmu yang diajarkan, anda berkongsi ganjarannya — walaupun anda sudah tiada.”

Menyemai generasi berjiwa Al-Quran

Infaq Umrah

Dana ini digunakan untuk menaja jemaah daripada golongan asnaf, warga emas, atau muallaf yang tidak berkemampuan, untuk menunaikan umrah — satu impian besar yang mungkin mustahil bagi mereka.

“Bayangkan setiap langkah mereka di Tanah Suci, anda turut dikurniakan pahala mengiringinya.”

Menghadiahkan perjalanan suci

Infaq Azdan Quranic Residency (AQR)

AQR@Nilai adalah projek pembangunan residensi dan pusat pengajian agama berkonsepkan “spiritual living” di atas tanah seluas 3 ekar.
Sumbangan infaq anda akan membantu dalam pembelian tanah, perancangan, dan pembinaan fasiliti penginapan serta pengajian Al-Quran.

“Pahala membina pusat ilmu — pahalanya terus mengalir selama ia digunakan. “

Membangun pusat ilmu, memakmurkan jiwa

Infaq Acara

Dana ini digunakan untuk menaja penganjuran program-program dakwah, forum Al-Quran, majlis khatam, kempen kebajikan, dan acara yang menghidupkan roh masyarakat dengan nilai-nilai Islam.

Setiap hati yang tersentuh di majlis itu, anda beroleh bahagiannya. “

Menjadi pendorong kepada majlis-majlis kebaikan

Infaq Emas

Sumbangan dalam bentuk emas (dinar, syiling, barang kemas) dialu-alukan untuk dana khas Yayasan.
Emas yang disumbangkan akan digunakan sama ada untuk ditukar kepada dana operasi dakwah dan kebajikan, atau disimpan sebagai aset strategik yayasan.

Dari kilauan emas dunia, kepada kilauan pahala di syurga. “

Simpanan abadi, pelaburan ukhrawi

Jom Berhibah untuk Akhiratmu

Salurkan kasihmu dalam bentuk hibah — demi cahaya Al-Quran yang takkan padam.

Di saat dunia mengejar harta, kita memilih untuk mengejar bekalan akhirat.
Hibah kepada Yayasan Azdan adalah satu bentuk pemberian kasih — tanpa paksaan, tanpa syarat, tapi penuh makna.

Hibah anda akan:

Salurkan kasihmu dalam bentuk hibah — demi cahaya Al-Quran yang takkan padam

“Apa sahaja harta yang kamu infaqkan, maka Allah akan menggantikannya…” (Surah Saba’, ayat 39)

Kenapa Hibah?

Berhibahlah hari ini!

Jadikan sebahagian hartamu sebagai penyuluh jalanku dan jalanmu ke syurga. 

Hubungi kami untuk maklumat & borang hibah:

+6011-5627 4563

www.yayasanazdan.org